Lokasi NurHomestay Masjid Tanah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


=== 🏡 NurHomestay Masjid Tanah 🏡 ===




NurHomestay Masjid Tanah telah ditubuhkan / beroperasi bermula pada bulan Julai 2017 yang terletak di Taman Masjid Tanah. Taman Masjid Tanah ini merupakan kawasan taman perumahan baru. Berdekatan dengan Pekan Masjid Tanah hanya mengambil masa 10-12 minit sahaja.

Taman Masjid Tanah


Taman Masjid Tanah ini juga menyediakan Taman permainan yang lengkap untuk kanak-kanak serta tempat beriadah terutama bagi yang ingin berjogging. Sesuai untuk sesiapa yang ingin beristirahat dan melakukan senaman.

Taman ini juga berhampiran dengan jalan utama untuk pergi ke Pekan Masjid Tanah atau ke Bandar Melaka.

Kawasan hadapan taman ini juga mempunyai Pejabat HRSB / HRSB Training Skill yang hanya 500meter sahaja dari NurHomestay Masjid Tanah

HRSB Office / HRSB Training Skill


Selain itu juga, terdapat kedai makanan yang selalu dikunjungi oleh pelanggan dari luar. Tempat ini memang dikenali oleh orang ramai iaitu Nasi Kambing Kat kubur hanya 500meter sahaja dari NurHomestay Masjid Tanah.


Boleh layari laman page https://www.facebook.com/sawitcorner/ untuk maklumat selanjutnya berkenaan menu Nasi Kambing kat kubur.


Ulasan