⇛Assalammualaikum & Salam Sejahtera
=== π‘ NurHomestay Masjid Tanah π‘ ===
HARGA NURHOMESTAY MASJID TANAH
Weekend : RM250
Cuti Umum : RM250
*harga promotion - akan di update jika ada
Peraturan-peraturan NurHomestay Masjid Tanah perlu wujud agar tiada sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak dan menjaga keselesaan serta menjaga keharmonian di antara pihak Homestay dan tetamu.
Syarat NurHomestay Masjid Tanah
- Waktu check-in adalah pukul 3 petang (sila maklum jika ingin masuk lewat)
- Waktu check-out adalah 12 tengahari (sila maklum jika ingin keluar sama ada awal atau lewat)
⇛ Sila SMS/Whatsapp pihak kami setengah jam sebelum check-in/check-out.
- Sebagai tanda "confirm booking", tetamu perlu membayar deposit 50% atau RM50 untuk "block date". (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan "last minute" tapi bergantung kepada keadaan).
- Bayaran (baki) perlu dibuat pada pada hari check-in samaada tunai (semasa penyerahan kunci rumah) atau bank-in.
- Tetamu hendaklah mengisi BORANG PENGINAPAN HOMESTAY terlebih dahulu sebelum check-in. Borang tersebut perlu diisi semasa membuat pembayaran deposit (whatsapp).
- BORANG PENGINAPAN HOMESTAY untuk rekod bagi pihak kami. Sekiranya jika ada berlaku masalah pada pihak tetamu serta kecelakaan.
Peraturan NurHomestay Masjid Tanah
1. Bilangan tetamu yang dibenarkan untuk menginap ialah 10 orang termasuk kanak-kanak kerana pihak kami menyediakan 3 buah biliktidur sahaja.
⇛ Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM 15 ORANG SAHAJA. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para tetamu Homestay ini serta tidak mahu timbul sebarang masalah seperti ruang tidur dan parking kereta.
2. Tetamu hendaklah terdiri daripada kaum keluarga atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan.
3. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian/ jamuan atau parti
4. Binatang peliharaan tidak dibenarkan kecuali jika ada sangkar (letak diluar & berkunci).
5. Makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan bawa masuk ke Homestay. Sebarang makanan/minuman tidak halal tidak dibenarkan seperti alkohol, babi dll.
6. Bahan-bahan terlarang / salah disisi undang-undang seperti dadah, ganja, syabu, bom, perlu dll TIDAK DIBENARKAN!
7. Perlu memastikan menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
8. Sila cuci semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
9. Menjaga adab-adab dan menghormati jiran tetangga di taman perumahan, berlakuan sopan dan tidak membuat bising (mengelak membuat gangguan jiran tetangga).
10. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu ruang parking penghuni lain.
11. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Sila memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup pintu, tingkap serta kunci pagar sebelum meninggalkan Homestay bagi mengelakkan peristiwa tidak diingini.
12. Sebarang kerosakan hartabenda Homestay perlu dipertanggungjawab oleh pihak tetamu (atas budi bicara).
13. 'PERINGATAN' - jangan buang sebarang benda terutama tuala wanita dan lampin bayi ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan daripada tersumbat. Pihak tetamu perlu buang sampah ke tempat yang telah disediakan.
14. Pastikan barang berharga tidak tertinggal di Homestay (jika ada Pihak Homestay akan hubungi). Pihak Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di Homestay.
15. Pihak Homestay berhak memasuki Homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.
"SEMOGA ANDA SELESA, GEMBIRA & BERPUASHATI SEPANJANG BERADA DI HOMESTAY KAMI".
"NIKMATI PERCUTIAN ANDA DI MELAKA"
"TERIMA KASIH DAN SILA DATANG LAGI'
"SELAMAT JALAN & BERHATI-HATI DI JALANRAYA"
π³π³π³π³π³ π‘πͺ π³π³π³π³π³
Ulasan
Catat Ulasan